MDan
Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit,
di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia".
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (jenis) buah-buahan dan tempuhlah jalan
Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar
minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat
yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang-orang yang
berfikir.(Q.S. An-Nahl : 68-69)
Di dalam Al-Quran,
Surah An-Nalh ayat 68 & 69, dengan terang menunjukkan bahawa hasil
lebah dan manusia mempunyai kesinambungan yang tersendiri. Pastinya
sesuatu yang dicpta oleh Allah itu sangat bermanfaat untuk manusia dan
makhluk Nya yang lain.
Terdapat beberapa hadis yang khusus terhadap madu sebagai satu method perubatan:
Sabda Rasulullah S.A.W.
Daripada Abu Said Al Kudri r.a. katanya:Seorang
lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W. lalu ia berkata,Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air, Sabda Rasulullah SAW.Minumlah
madu kepadanya: Lalu diminumkan madu kepadanya. Kemudian dia datang
balik kepada Rasulullah S.A.W lalu katanya. Telah ku minumkan madu
kepadanya tetapi sakitnya bertambah", Rasulullah S.A.W pula menyuruhnya
meminumkan madu supaya berulang tiga kali. Dia datang lagi untuk kali
keempat. Nabi S.A.W. terus menyuruhnya supaya meminum madu, Kata orang
itu,Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya Rasulullah, namun sakitnya
bertambah juga. Sabda Rasulullah S.A.W.Allah Maha Besar, perut
saudaramu itulah yang dustaâ€. Lalu diminumnya pula madu, maka sembuhlah saudaranya.
Hadis yang kedua disebutkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah bersabda Ubat terbahagi tiga: minum madu, berbekam dan membakar dengan api. dan umatku dilarang membakar dengan api. (Riwayat Bukhari)
Amalan Rasulullah S.A.W. dengan madu
Kitab Zad al-Ma`ad Fi Huda Khair al-Ibad ada menyebutkan bahawa
Rasulullah meminum madu sebelum makan sarapan pagi di bantu dengan air.
Di dalam kitab hadis al-Sunan Ibn Majah pula disebutkan hadis marfu
riwayat Abu Hurairah yang berbunyi Sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit beratâ€. Di dalam kitab itu juga disebutkan juga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda â€Barang
siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi
setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang beratâ€.
Ada juga disebutkan dalam hadis yang lain, bahawa Nabi s.a.w bersabda â€Berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quranâ€.
Kehebatan madu sebagaimana disampaikan Al-Quran telah terbukti secara saintifik dan dibahaskan secara ilmiah di seluruh dunia.
Sayyid
Quthb mengungkapkan, madu sebagai ubat penyembuh penyakit sudah
dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar perubatan. Inilah salah satu
bukti kebenaran ayat Al-Quran yang wajib diyakini umat manusia.
Ibnu Sina (890-1037),
salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10
Masehi, mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam
dunia kedoktoran. Ia mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari
yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung.
Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur
rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam.
Disini
kita dapat simpulkan bahawa madu merupakan makanan sunnah dan
mengandungi banyak khasiat dan dijadikan ubatan sebagaimana yang
termaktub di dalam Al-Quran.
http://www.rahsiamaduacacia.com/affiliate/idevaffiliate.php?id=182
Tiada ulasan:
Catat Ulasan