Biasa tak apabila kita ke pasaraya atau ke kedai
hendak membeli madu, kita sering bertanya kepada diri sendiri
soalan-soalan ini:
1. Madu yang mana kita nak dibeli?
2. Madu mana yang terbaik?
3. Brand apa yang patut dibeli?
4. Apa perbezaan madu asli dan madu mentah?
5. Adakah madu asli atau madu mentah lebih baik?
6. Di mana boleh dapatkan madu berkualiti tinggi?
7. Adakah madu tempatan atau import yang lebih baik?
8. Nektar debunga mana yang lebih baik?
Berdasarkan persoalan di atas, mari kita kenal serba ringkas tentang madu terbaik untuk dimiliki oleh setiap rumah di Malaysia.
Jawapan:
1. Madu Acacia sebagai pilihan
Madu
terhasil dari 2 aspek utama iaitu nektar debunga dan jenis lebah.
Nektar debunga terdapat dalam dua bentuk iaitu bermusim dan sepanjang
tahun (tidak bermusim). Sedarkah kita 90% madu yang dihasilkan termasuk
madu Tualang adalah dari nektar debunga bermusim.
Permasalahan di
sini ialah madu tidak dapat dihasilkan secara konsiten dan kualitinya
juga tidak konsisten berikutan hasil debunga-debunga yang berlainan.
Oleh sebab yang demikian, banyak madu dipasaran tidak mempunyai dan
mempamerkan nutrisi lengkap serta mempunyai tarikh luput akibat campuran
bahan lain yang boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh manusia.
Nektar
debunga sepanjang tahun adalah seperti nektar dari pokok Acacia yang
terdapat banyak di Johor dan Sabah. Nektar debunga sepanjang tahun dapat
menghasilkan dan menjamin kualiti dan kuantiti madu yang baik dan
terbukti dari segi saintifik seperti yang terkandung dalam ebook Rahsia Madu Acacia.
Jenis
lebah juga mempengaruhi kualiti madu terutama sekali pada jumlah
kandungan air di dalam madu. Lebah terbaik adalah dari jenis Apis
Mellifera yang bermaksud ‘Lebah Pemburu Madu’. Lebah spesis bersaiz
10mm ke 20mm ini terbukti unggul dan produktif dalam menghasilkan madu
yang berkualiti dan berupayaan menghasilkan madu yang mempunyai kadar
air (moisture) yang rendah iaitu sekitar 17-20%.
2. Madu Acacia Madu Terbaik
Berdasarkan
hujah di atas nyata tunjang dalam penghasilan madu berkualiti nyata
milik Madu Acacia. Namun begitu mari kita selami lagi kehebatan madu
acacia ini.
Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi
Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS),
madu Acacia Mangium mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin
seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Ia juga
mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium,
manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink. Madu Acacia turut
mengandungi pelbagai jenis vitamin, antaranya B1, B2, C, B6 dan B3.
Komposisi bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam madu Acacia amat
diperlukan oleh tubuh badan manusia (rujuk ebook Rahsia Madu Acacia).
3. Mentah lebih unggul dari asli
Apa yang dimaksudkan dengan asli? Dan apa yang dimaksudkan dengan mentah?
Asli
sebenarnya bermaksud tidak dicampur dengan apa-apa bahan lain tetapi
melalui proses pemanasan di mana ianya adalah satu proses untuk membuang
yis yang terdapat dalam madu. Proses pemanasan ini mengakibatkan jumlah
mineral dan khasiat yang terkandung dalam madu berkurangan sehingga
30%. Ia adalah satu jumlah yang besar. Mentah pula bermaksud tidak
dicampur dengan apa-apa bahan, tidak melalui proses pemanasan dan
dibotolkan tanpa melalui sebarang proses.
Oleh itu mentah adalah
lebih baih dari asli kerana ia mengekalkan kesemua zat, khasiat dan
kelebihan yang terkandung dalam madu dan memberi yang terbaik seperti
yang dikehendaki oleh tubuh manusia.
Berikut dirumuskan antara penyakit-penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pemakanan madu Acacia Mangium:
1. Asma
2. Haid tidak teratur
3. Resdung
4. Alahan
5. Jerawat
6. Rambut gugur
7. Barah
8. Letih & Lesu
9. Sakit kepala
10. Buasir
11. Lendir kahak
12. Sakit pinggang
13. Batuk kering
14. Lemah jantung
15. Sakit sendi
16. Batuk
17. Sakit mata
18. Sukar tidur
19. Darah tinggi
20. Pening
21. Gastrik
Madu Acacia Mangium juga memiliki pelbagai jenis khasiat-khasiat seperti berikut:
1. Menambahkan stamina
2. Menjadi sumber tenaga
3. Meningkatkan metabolisme tubuh
4. Mengandungi agen antioksidan yang tinggi
5. Melancarkan peredaran darah
6. Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah
7. Melancarkan sistem pencernaan
8. Meningkatkan semangat seksual / tenaga batin
9. Mengubati luka
10. Menjadikan kulit lebih licin dan halus
Antara keunikan lain bagi madu Acacia Mangium ini adalah:
- Rasanya sangat manis dan boleh dimakan begitu sahaja atau dengan roti dan dicampurkan dalam berbagai resipi masakan.
- Sangat digemari oleh kanak-kanak.
- Pengganti gula bagi pesakit diabetes.
http://www.rahsiamaduacacia.com/affiliate/idevaffiliate.php?id=182
Tiada ulasan:
Catat Ulasan